suria

Peluk murid lelaki dari belakang, raba alat sulit ketika sesi fotografi... jurufoto ditahan polis

Ibu bapa mangsa membuat laporan polis berikutan dakwaan anak dicabul seorang jurugambar.

SEORANG jurugambar berusia 39 tahun ditahan kerana didakwa mencabul seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dalam satu majlis di sebuah sekolah rendah di Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, serangan seksual itu didakwa berlaku ketika majlis Bulan Sains di sekolah itu pada Mei.

“Mangsa mendakwa ketika sesi bergambar, suspek memeluknya dari belakang sebelum menyentuh bahagian sulitnya beberapa kali.

“Mangsa juga mendakwa suspek turut menyentuh pelajar lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Wan Kamarul Azran berkata polis telah merekodkan keterangan beberapa individu termasuk murid lain selepas laporan polis dibuat.

“Kami menahan suspek kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 26 Mei lalu.

“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan kini direman sehingga 1 Jun,” katanya.

Difahamkan ibu bapa mangsa menghadiri mesyuarat dengan pihak pengurusan sekolah berhubung kejadian pada 15 dan 23 Mei lalu.

Susulan pertemuan itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia

Dapatkan bantuan Sazzy Falak mempromosikan perniagaan anda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)! Tonton video penuh dan klik untuk mendaftar sekarang di rhbjomsapot.my

♬ original sound - mStar Official

Artikel Lain