suria

Tikam, toreh perut, bakar kekasih hamil... Lelaki didakwa bunuh

Keadaan mayat mangsa yang dibakar.

SEORANG lelaki berusia 20 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Sungai Besar, Selangor, pada Khamis, atas pertuduhan membunuh kekasihnya.

Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Siti Hajar Ali.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron memohon masa untuk menunggu laporan berkaitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Perut wanita hamil luar nikah ditoreh, ditikam teman lelaki... Dua kali dibakar, elak kehamilan diketahui umum

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia baik sangat orangnya" - Teman wanita buka mulut, puji peribadi suspek kes bunuh skandal hamil luar nikah

Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh, Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin memohon agar pertuduhan yang dihadapi anak guamnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian seorang wanita di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dilaporkan perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang wanita dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di Sungai Besar, pada 22 Mei lalu. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain