suria

Menteri respons viral video lif rosak, kakitangan hospital terpaksa usung pesakit ICU guna tangga

Dr Zaliha mohon maaf atas kejadian lif rosak di Hospital Melaka.

MENTERI Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memohon maaf atas insiden lif rosak yang berlaku di Hospital Melaka.

Menurut Dr Zaliha, pihaknya telah menghubungi pengarah hospital tersebut dan proses baik pulih juga telah diselesaikan.

"Pihak saya telah menghubungi Pengarah Hospital Melaka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

"Saya dimaklumkan bahawa lif yang berkenaan telah siap dibaiki petang semalam oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Saya dengan rendah hati memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan akan memastikan pihak pengurusan hospital sentiasa memantau keadaan fasiliti demi keselesaan pengguna," dia menulis di Twitter.

First-term Sekijang MP Dr Zaliha Mustafa was appointed as the new Health Minister.

Dr Zaliha Mustafa mohon maaf berhubung insiden tular di Hospital Melaka.

Terdahulu, tular video di laman Twitter, memaparkan seorang pesakit yang dipakaikan ventilator terpaksa dibawa turun menggunakan tangga dalam kejadian di Hospital Melaka.

Menurut pemilik Twitter @KakPotato, berlaku situasi seperti itu disebabkan lif rosak dan dia memohon agar masalah tersebut diberi perhatian segera.

"Saya tidak tahu cara macam mana lagi yang terbaik untuk dapatkan tindakan segera dari pihak atasan. Yang Berhormat (YB), tolonglah bantu staf YB di sini.

"Pesakit ventilated nak ke unit rawatan rapi (ICU) sampai kena turun tangga macam ni YB. Lif rosak, tidak dibaiki segera. Mohon jasa baik YB untuk bantu segera. Kita tidak mahu perkara yang lebih parah terjadi.

"Aduan mungkin telah banyak dilaporkan beribu kali, tapi mungkin lebih lama perbincangan di minit mesyuarat sehingga perkara yang perlu disegerakan, dilengahkan," ciap individu itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain