MAYAT seorang lelaki ditemukan dalam keadaan yang mengerikan selepas terjatuh dari tingkat 41 sebuah bangunan di Melaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tubuhnya dari paras pinggang ke kepala telah hancur dipercayai akibat jatuh dari bangunan tinggi. Beliau menambah, terdapat cebisan mayat di sekitar kawasan berkenaan. "Seorang pekerja berusia 25 tahun mendengar bunyi kuat pada 12.30 pagi Rabu sebelum mayat ditemukan. "Dua pekerja asing ternampak mangsa dipercayai berusia 50-an dalam keadaan mencurigakan sebelum terjatuh dari bangunan itu," katanya dalam satu kenyataan. Christopher berkata, pihak polis sedang mengenal pasti identiti mayat lelaki tersebut. Mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube