suria

Kantin sekolah di Kelana Jaya terbakar

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran. -Gambar JBPM

KANTIN di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya di Petaling Jaya dalam kejadian pada petang Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan pada pukul 2.08 petang berhubung kejadian yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kelana.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Selangor, setibanya jentera di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah kantin sekolah terbakar 50 peratus.

Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba. -Gambar JBPM

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 2.41 petang," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi melibatkan jentera Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dan Jalan Penchala.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain