suria

Tragis! Budak 9 tahun maut dicekik abang kandung

Seorang kanak-kanak lelaki maut dicekik abangnya. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut, dipercayai dicekik abang kandungnya berusia 14 tahun dalam satu kejadian di Kampung Bukit Piatu di Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Insiden dipercayai berlaku pada tengah hari Rabu.

Seorang jiran ketika ditemui mendakwa abang mangsa berkelakuan pelik sejak kebelakangan ini.

Salah seorang jiran yang enggan dikenali mendakwa, abang mangsa mengalami gangguan emosi dan keluarganya telah mendapatkan bantuan daripada seorang ustaz. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain