suria

Anwar pertimbang cadangan pengeluaran KWSP secara bulanan atau berkala

Kerajaan tiada bantahan terhadap cadangan pengeluaran berkala atau bulanan apabila mencapai umur persaraan sukarela 55 tahun.

TIADA bantahan daripada kerajaan terhadap cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengenakan pengeluaran berkala atau bulanan apabila mencapai umur persaraan sukarela 55 tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan sedang dalam peringkat akhir untuk memperhalusi dasar tersebut.

"Saya tiada bantahan. Ia bergantung kepada kapasiti KWSP. Jika kita dengar kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini, terdapat beberapa kekangan terutama dalam kalangan mereka yang mempunyai simpanan tidak mencukupi,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: KWSP bukan ‘ubat tahan sakit’, elak pengeluaran demi hari tua... Parah jika wang susut masa muda!

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

Perdana Menteri mengulas cadangan Amir Hamzah untuk menggalakkan ahlinya yang berumur 55 tahun mengeluarkan simpanan secara berkala dan bukannya pengeluaran sekali gus bagi membantu rakyat terus menabung dan mempunyai simpanan mencukupi apabila bersara.

Amir Hamzah menambah bahawa pengeluaran berkala akan memberi peluang kepada ahli untuk menguruskan dana persaraan mereka dengan lebih baik. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain