suria

Hampir 20 tahun jual nasi ayam RM1.90, peniaga di Besut dikecam sebab naikkan harga jadi RM3

Peniaga di Besut terpaksa menaikkan harga nasi ayam selepas hampir 20 tahun bertahan dengan harga RM1.90.

SITUASI ekonomi yang mencabar memaksa para peniaga makanan di seluruh negara menaikkan harga jualan mereka.

Di sebalik peningkatan harga barang saban tahun, sebuah kedai nasi ayam di Besut, Terengganu tetap mengekalkan harga jualan RM1.90 sebungkus.

Baru-baru ini, mereka akhirnya mengalah dengan bebanan ekonomi semasa sehingga terpaksa menaikkan harga nasi ayam kepada RM3 sebungkus.

"Hampir 20 tahun kami berniaga nasi ayam RM1.90. Namun dengan ekonomi sekarang, kami terpaksa naikkan harga nasi ayam menjadi RM3," ujar Suhaida Suu melalui TikTok.

Tambah peniaga itu, dia bagaimanapun sedih mengenangkan sikap segelintir pelanggan yang mengecam perubahan harga tersebut sedangkan ia masih murah berbanding harga di kedai-kedai lain.

"Namun masih ada yang kecam mahal dengan harga RM3 tu. Kadang rasa down nak berniaga. Korang rasa mahal lagi ke harga tu?

nasi2

Netizen memuji peniaga itu yang dianggap terlalu pemurah dalam situasi ekonomi masa kini.

"Walaupun harga nasi ayam kami RM3, tapi kami amat jaga dan pentingkan kualiti dan kuantiti. Tengoklah nasi pun banyak, ayam pun besar-besar tau.

"Alhamdulillah, tapi masih ada yang memahami dan support kami. Korang yang belum rasa jom singgah Kedai Nasi Ayam RM3 Kuala Besut. InsyaAllah sedap dan puas hati," tulis peniaga itu lagi.

Video tular itu turut menerima banyak komen netizen termasuklah yang meminta peniaga tersebut membuka cawangan baharu di luar Terengganu.

"Bersyukur pada Allah sebab masih ada orang yang jual harga begini.

"Mana nak cari RM3 sekarang? Murah sangat dah tu.

"Murah sangat tu. Teruskan menjual sambil bersedekah," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain