suria

Klinik di Pulau Pinang tular gara-gara tunjuk bilik khas ambil sampel air mani... Ramai lelaki selamba komen lucah, tak faham maksud TTC

Bilik ujian air mani yang disediakan di klinik itu.

SUDAH menjadi trend masa kini, setiap syarikat mahupun organisasi mempunyai akaun media sosial tersendiri termasuklah akaun TikTok.

Terbaharu, akaun TikTok sebuah klinik yang berpangkalan di Pulau Pinang menjadi perhatian ramai apabila mereka berkongsi tentang bilik rawatan bagi tujuan analisis air mani (SFA).

"Siapa nak buat ujian air mani? Sekarang dah ada bilik khas. Tak perlu susah cari tandas dah lepas ni. Jangan lupa bawa isteri teman sekali ya.

"Ujian ini wajib ya untuk pasangan Trying To Conceive (TTC). Kena check jumlah sperma, bentuk, pergerakan sperma normal ke tidak.

"Boleh hubungi kami ya. Klik je link dekat bio atau profile," tulis pengendali akaun itu.

Video berkenaan memaparkan sebuah bilik yang dilengkapi sebuah katil, tong sampah, sinki, serta sofa kecil.

Video TikTok klinik itu dipenuhi dengan komen lucah golongan lelaki.

Video TikTok klinik itu dipenuhi dengan komen lucah golongan lelaki.

Dimuat naik pada Jumaat, video itu sehingga kini meraih lebih 340,000 tontonan.

Malah ia turut dihujani banyak komen termasuklah individu 'otak kuning' yang membuat jenaka lucah.

"Kalau tak bawa bini, nurse boleh tolong keluarkan ke?

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai macam ni pun kena komen lucah” – Turun padang buat kerja, Young Syefura kesal jadi mangsa gangguan lelaki gila seks

"Nak tanya, ada nurse atau doktor perempuan tolong keluarkan ke?

"Kalau bawa tunang masuk boleh tak bang?

"Sorang atau ada orang teman," tulis beberapa individu di ruangan komen tanpa rasa malu.

Sebagai peringatan, umat Islam dilarang membuat jenaka lucah kerana ia bertentangan dengan ajaran agama.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hukum membuat lawak lucah dan rogol adalah haram sama sekali dalam Islam.

Ia mengancam keselamatan emosi dan mental orang yang ditujukan lawak tersebut malah budaya sebegini tidak seharusnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat kerana perkataan-perkataan yang tidak senonoh pada umumnya adalah perkataan yang tercela.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain