suria

Ingatkan di Thailand, rupanya Sri Petaling je... Kedai roti tiba-tiba viral, makin ramai nak serbu jamu mata

Peniaga roti itu meraih perhatian ramai selepas kisahnya dikongsi di media sosial.

PENAMPILAN seksi seorang peniaga roti di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur, hangat menjadi perbualan netizen di media sosial.

Menerusi posting tular di Facebook, peniaga wanita itu dilihat sedang tekun bekerja di sebuah bakeri mini yang terletak di dalam sebuah restoran Cina.

Menurut seorang pelanggan yang berkunjung ke premis itu, peniaga tersebut mendedahkan dia gagal mencari pekerjaan bersesuaian selepas menamatkan pengajian.

Ekoran kesukaran mencari pekerjaan, dia akhirnya membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan bakeri berkenaan.

359735629_306541088389547_2381531431364467096_n

Tambah peniaga itu, keputusan itu tepat kerana perniagaan diusahakannya semakin mendapat sambutan menggalakkan.

Perkongsian di Facebook itu sekali gus membuktikan tidak semua generasi muda hari ini cerewet dan manja dalam mencari pekerjaan.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji peniaga itu dan berseloroh untuk 'menyerbu' kedai tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali

Malah, ada yang turut menyamakan penampilan wanita itu seperti peniaga-peniaga di Thailand.

"Restoran Cina ini akan menyaksikan peningkatan pelanggan dan bisnes akan boom!

"Vibe macam kat Thailand," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain