HANYA bermula dari pertanyaan mengenai pemakaian pendakap gigi, seorang wanita secara tidak sengaja mendedahkan tentang penyalahgunaan dana bagi tuntutan perubatan dan rawatan. Pendedahan secara spontan itu dapat dilihat menerusi satu perkongsian video yang kini tular di laman sosial. Video berdurasi seminit itu menunjukkan perbualan seorang wanita bersama rakannya yang didakwa merupakan penjawat awam. Berdasarkan butiran perbualan tersebut, rakannya mendakwa menggunakan faedah yang disediakan di tempat kerjanya untuk tujuan rawatan pendakap gigi. "Majlis punya panel kan banyak, aku manfaatkanlah ke demam ke apa semualah," katanya. Perbualan dua rakan itu dirakamkan. Bagaimanapun, dia mengakui rawatan pendakap gigi dikategorikan sebagai kosmetik pergigian dan sepatutnya tidak layak mendapat manfaat itu. "Braces sepatutnya tak dapat, tapi aku 'kawtim' dengan doktorlah," katanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Nak cantik tapi 5 kesalahan ini sering dilakukan si pemakai pendakap gigi ARTIKEL BERKAITAN: Tak habis-habis penjawat awam dituduh 'makan' duit pekerja swasta, guru hilang sabar tunjuk slip gaji... "Kami juga pembayar cukai" Dia kemudian terkejut sebaik diberitahu perbualan mereka dirakamkan. "Setiap kata-kata kau tu semua dah masuk dalam ni (rakaman). Kau 'kawtim' dengan doktor, kau salah gunakan peruntukan majlis. "Nak cantik guna dana kerajaan," kata rakannya menerusi video yang dimuat naik di TikTok. Wanita bertudung itu nampaknya tidak mempedulikan kesan daripada pendedahannya itu. "Ah biarlah," ujarnya dalam perbualan yang disambung dengan gelak tawa. Antara komen netizen. Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan dakwaan wanita tersebut. "Habis la kawan kena tindakan tatatertib. "Halal haram belakang cerita, janji ikut trend pakai braces. "Tapi itulah... ingatlah tiada keberkatan. Jangan sampai gigi tu jadi lain macam sudahlah. "Maaf, tapi memang tak rasa bersalah ke guna duit kerajaan yang datang pun daripada duit rakyat bayar cukai dan segala benda lah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube