suria

Rezeki tak salah alamat! Syed Khaidir sekali lagi dinobat Raja Tarik F&N Mydin

Peserta cabaran Teh Tarik F&N 2023 bergambar kenangan selepas pertandingan.

MEMBUAT teh tarik dengan mata tertutup dan paling panjang di samping persembahan menghiburkan, membuatkan Syed Khaidir Syed Abdullah dinobatkan sebagai Raja Tarik F&N Mydin 2023.

Bagi Syed Khaidir, dia tidak menyangka akan dipilih sekali lagi sebagai Raja Tarik F&N Mydin 2023 yang berlangsung di Mydin Subang Jaya Hypermarket, Selangor, kerana melihat cabaran pesaing yang menyertai pertandingan pada tahun ini tidak kurang hebat.

"Alhamdulillah, sekali lagi saya dinobatkan sebagai Juara Teh Tarik F&N Mydin 2023. Peserta-peserta tahun ni sangat-sangat mencabar, saya hanya buat simple tapi padu dan mantap.

"Bersyukur pada Allah, rezeki tak pernah salah alamat," katanya yang berusia 44 tahun.

Malah katanya, cabaran tersebut hanya diketahui pada hari pertandingan sehingga tidak sempat membuat sebarang persiapan mahupun latihan sebelum menyertainya.

"Buat di empat negeri, tapi saya tak tahu langsung semasa berlangsung di Johor dan peliknya pertandingan ini tidak dimaklumkan dalam kumpulan WhatsApp Teh Tarik yang saya sertai.

Peserta cabaran Teh Tarik F&N 2023 bergambar kenangan selepas pertandingan.

Peserta cabaran Teh Tarik F&N 2023 bergambar kenangan selepas pertandingan.

"Walaupun tahu pada hari pertandingan, saya berjaya juga sampai ke lokasi dari Johor Bahru dan menyertai cabaran," ujarnya yang hanya menggunakan sembilan kole sahaja.

Sudah lebih 27 kali dinobatkan sebagai juara sehingga digelar Master Teh Tarik, Syed Khaidir meluahkan dia akan terus 'berjuang' dalam setiap cabaran yang dipertandingkan.

Dia berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 dan trofi Raja Tarik F&N Mydin.

Bertemakan 'Tarik Sampai Jadi', cabaran yang berlangsung pada 30 Julai itu melibatkan enam pesaing dengan kesemuanya mempamerkan kehebatan masing-masing.

Sementara itu, tempat kedua dirangkul oleh Pakir Mohamed Jamal Mohamed manakala tempat ketiga disandang Mohamad Arshad dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan RM1,000.

Hadiah sagu hati pula merangkumi set cenderahati F&N dan baucar RM500 daripada Mydin.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.

Seni 'menarik' teh dianggap sebagai acara menarik bagi golongan peniaga sehingga ramai yang menyertainya.

Malah, kesemua mereka tampil dengan teknik tersendiri bagi mendapatkan perhatian juri.

Terdahulu, cabaran tersebut diadili berdasarkan beberapa elemen termasuk panjang tarikan, buih dan persembahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain