suria

Sweet sangat! Agong ajak graduan UiTM nyanyi lagu birthday untuk Tunku Azizah - “Hari ini hari ulang tahun isteri tersayang saya”

Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan hari lahir buat Tunku Azizah sewaktu Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97, pada Sabtu.

GELAGAT Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sempat membuat ucapan ulang tahun kelahiran untuk Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mencuit hati ramai.

Menerusi rakaman video yang dikongsi di laman Instagram Istana Negara, baginda menzahirkan ucapan itu semasa di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, pada Sabtu.

"Hari ini ialah hari ulang tahun isteri tersayang saya. Baru sweet 63.

"Kita sama-sama ucapkan selamat ulang tahun kepada Tuanku Permaisuri, ada yang nak nyanyi?" titah baginda.

Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menyanyikan lagu ulang tahun 'Allah Selamatkan Kamu' yang turut dinyanyikan bersama para graduan dan hadirin.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki pagi raya! Comel Permaisuri Agong berlari-lari anak nampak rakyat Malaysia di Makkah, bertuah dapat ‘selfie’ bersama

Tunku Azizah kemudian berkenan untuk bangun dan melambaikan kepada hadirin tanda terima kasih atas nyanyian itu.

"Kita doakan Raja Permaisuri kekal keimanan, kekal kecantikan, kekal taat pada suami, sentiasa masak untuk suami," titah baginda sambil disambut sorakan hadirin.

Menjengah ruangan komen. rata-rata rakyat turun mengucapkan selamat ulang tahun buat Raja Permaisuri selain memuji sifat romantik Al-Sultan Abdullah.

"YDP Agong nampak je tegas dan garang tapi Ya Allah sangat sweet.

"Sweet sangat... bersemut depan graduan-graduan.

"Ucapan hari jadi paling sweet Tuanku Agong bagi pada Raja Permaisuri Agong," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain