suria

Kecoh bangunan pejabat berprestij larang penyewa pakai selipar, seluar pendek... Netizen samakan peraturan di Kelantan

Tular pekeliling (gambar kecil) yang dipamerkan di sebuah bangunan pejabat berprestij mengenai kod etika pemakaian. -Gambar hiasan

SUDAH menjadi kelaziman bagi mana-mana bangunan kerajaan atau agensi yang berkaitan kerajaan menetapkan kod etika pemakaian (dresscode) bagi setiap individu yang ingin berurusan di premis mereka.

Begitu juga dengan sesetengah bangunan yang menempatkan pejabat atau institusi swasta, perkara yang sama turut diaplikasikan untuk mengekalkan 'standard' premis berkenaan.

Bagaimanapun ada juga yang menganggap penetapan kod etika pemakaian bagi sesetengah bangunan adalah 'mengarut' atau tidak masuk akal.

Baru-baru ini tular satu pekeliling di sebuah bangunan berprestij yang menetapkan setiap penyewa agar memastikan kakitangan serta pelawat mereka mematuhi kod etika pemakaian yang ditetapkan, selaras dengan pengiktiran 'gred A premium' yang diterima bangunan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mana ada pakai macam pergi pejabat - SPR

"Kami menyedari bahawa seluar pendek, selipar (flip flop) yang dipakai di dalam dan di sekeliling bangunan oleh penghuni yang menyewa dan tetamu mereka.

"Seperti yang digariskan dalam Buku Panduan Penyewa, terdapat standard minimum digariskan yang kami harapkan penyewa dapat mengekalkannya dan menguatkuasakannya.

"Kami menggalakkan penyewa untuk memastikan pekerja, pelawat dan tetamu mereka menghormati pakaian pejabat yang sesuai atau kod pakaian kasual kemas, sesuai untuk sebuah bangunan pejabat komersial Gred A Premium.

"Pakaian seperti selipar, seluar pendek, tank top dan sebagainya adalah tidak sesuai," demikian tulis pekeliling berkenaan.

Ia juga menyatakan bahawa pihak pengurusan berhak untuk menyekat akses ke kawasan tertentu jika pemakaian yang dikenakan tidak dianggap sesuai.

Gambar surat pekeliling berkenaan tular selepas dikongsikan oleh seorang individu di Twitter.

"Mereka mengatakan bahawa tetamu pun mesti memadankan imej mereka sebagai bangunan Gred A Premium.

"Tiada selipar, tiada seluar pendek. Atau mereka akan menyekat akses ke kawasan umum. Pada pendapat saya, ini mengarut," tulis individu itu pada ciapannya yang sehingga kini meraih 788 ulang kicau.

Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan reaksi yang pelbagai dengan segelintir daripadanya meninggalkan komen berbaur sarkastik.

"Saya tertanya-tanya apa yang berlaku pada hari Jumaat apabila semua orang lelaki Islam pakai selipar ke masjid untuk solat Jumaat.

"Adakah mereka cuba menjadi majlis perbandaran Kelantan? Seluar pendek tak dibenarkan.

"Orang asing memberitahu kita apa yang perlu dipakai di negara kita sendiri," demikian komen segelintir warga maya.

Namun ada yang melihat perkara tersebut bukan satu isu besar memandangkan kebanyakan bangunan pejabat sememangnya menetapkan kod etika pemakaian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain