suria

Pakai baju besar dan longgar, hakikatnya separuh bogel! Pemuda ‘sekolahkan’ wanita berfesyen pelik, lagi buruk kalau kaki penuh parut

Baju 'oversized' kini menjadi trend dalam kalangan wanita. -Gambar hiasan / FB / Freepik

DARI baju bersaiz kecil dan ketat, nampaknya trend fesyen kini beralih kepada saiz jauh lebih besar dan longgar (oversized).

Nampaknya itulah kegilaan anak-anak muda terutama dalam kalangan wanita.

Selain kelihatan kasual dan ‘stailo’, fesyen baju besar dan longgar juga dilihat lebih sopan kerana tidak menampakkan bentuk badan.

Namun, apa yang tidak sedap dipandang apabila ada individu yang hanya memakai baju besar tetapi seluarnya sangat pendek.

Mereka kelihatan seolah-olah separuh bogel atau hanya berseluar dalam.

Perkara itu diluahkan oleh seorang lelaki menerusi satu hantaran di Facebook.

Pakaian mendedahkan akan menarik perhatian orang lain untuk 'mencuci mata'. -Gambar hiasan / Freepik

“Saya berjalan-jalan semalam, dan saya lihat ramai gadis mula tidak memakai seluar! Trend apakah ini? Kanak-kanak tengok macam mana kita yang dewasa hendak menjelaskannya?

“Mengapa anda tidak keluar dengan memakai seluar? Bukankah itu bagus? Saya tengok ramai orang tua geleng kepala apabila mereka melihatnya, sakit mata mereka,” tulisnya.

Mungkin si pemakai sebenarnya memakai seluar pendek, tetapi kerana ia adalah ‘hot pants’ yang menampakkan sebahagian paha menjadikan ia kelihatan seperti seluar dalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Akak seksi jual air buah ‘pakej’ pelanggan boleh bergambar pegang-pegang, penduduk kata ‘situ port laki gatal’

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditegur seksi minta lelaki tundukkan pandangan, belum sedia tutup aurat... Tak terkesan dilabel murah, tiada agama

Pada masa sama, penampilan mereka yang tidak senonoh itu hanya memberi peluang kepada orang lain untuk ‘mencuci mata’.

“Disebabkan ini, ramai orang akan melihatnya beberapa kali, malah menggunakan cermin mata berwarna dengan alasan untuk melihat anda berpakaian seperti itu.

“Nanti akan ada orang yang sanggup tunggu di bawah eskalator dan curi-curi tengok apabila anda naik ke tingkat atas menggunakan eskalator,” ujarnya.

Secara tidak langsung, ia boleh mendorong perbuatan atau tanggapan yang tidak baik seperti gangguan seksual.

Pemakaian terlalu seksi boleh mengundang gangguan seksual. -Gambar hiasan / Freepik

Susulan itu, lelaki berkenaan meminta semua wanita supaya menghormati masyarakat di sekeliling dengan berpakaian sopan.

“Jangan tak pakai seluar, hanya seluar dalam apabila keluar dan kemudian pakai baju besar untuk tutup seluar dalam anda.

“Saya merayu kepada kaum wanita, janganlah berpakaian seperti ini lagi,” jelasnya.

Malah katanya, pemakaian yang melampau itu juga hanya akan mencemarkan imej Malaysia.

“Ini bukan trend. Ini satu perkara yang pelik. Jangan biarkan pelancong asing menganggap kita kelihatan pelik. Pakaian yang sopan dihormati oleh semua orang,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, di akhir hantaran di Facebook tersebut, dia secara sinis memberi pandangan terhadap segelintir wanita yang gemar berpakaian ala ‘separuh bogel’ di tempat awam.

“Kalau kaki anda ada banyak kesan gigitan nyamuk sana sini, atau ada kesan parut, ia benar-benar kelihatan buruk,” katanya.

Hantarannya di Facebook itu dikongsi lebih 2,000 kali dan lebih 1,000 tanda suka (like).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain