suria

PRN 2023: Sanusi kebal kontroversi, menang besar di Kedah

Sanusi bertanding di DUN Jeneri pada PRN kali ini.

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menang besar dalam Pilihan Raya Negeri 2023 dengan majoriti sebanyak 16,050 undi, walaupun dihimpit kontroversi demi kontroversi.

Sanusi yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri mengenepikan pencabarnya, calon muka baharu Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua Umno Bahagian Sik.

Sanusi meraih 21,823 jumlah undi manakala Muhamad Khizri memperoleh 5,773 undi.

Untuk rekod, PRN kali ini menyaksikan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan di Kedah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain