DATUK Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Bersatu) menang di DUN N18 Hulu Kelang dengan majoriti 1,617 undi. Kerusi panas itu menyaksikan Azmin dicabar oleh Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan (PH) yang pernah berkhidmat dengannya. Dalam keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu menewaskan Juwairiya dengan meraih 25,597 undi manakala Juwairiya memperoleh 23,980 undi. Untuk rekod, Azmin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak selepas tewas kepada Amirudin ketika Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu. Beliau memperoleh 72,267 undi diikuti Mohamed Azmin (PN) dengan 59,538 manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin daripada BN 30,723 undi , Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Pejuang) 2,223 undi dan Ir Zulkifli Ahmad (Bebas) 675 undi. Azmin pernah menjadi Adun Bukit Antarabangsa selama tiga penggal berturut-turut sebelum ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube