suria

PRN: PH-BN terus dominasi Selangor, Amirudin menang bergaya

Amiruddin memperoleh 19,678 undi menewaskan pencabarnya yang lain.

PAKATAN Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sekali lagi berjaya menawan Selangor dengan gabungan kerajaan perpaduan itu memenangi majoriti kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pengumuman yang dibuat pada 11.31 malam berkata gabungan itu itu telah memperoleh 29 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan tak rasmi PRN 2023: Sanusi jauh di hadapan tinggalkan pencabar

Dalam pada itu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menang besar di DUN N16 Sungai Tua.

Amiruddin memperoleh 19,678 undi menewaskan pencabarnya Hanif Jamaluddin dari PN (14,493) dan calon Bebas, Suman Gopal (430).

Untuk rekod, sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan kali ini iaitu 36 DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain