suria

2 anak lelaki bekas MB Negeri Sembilan tewas PRN, gagal teruskan legasi bapa

Dua anak bekas MB Negeri Sembilan tidak berjaya meraih kerusi PRN 2023.

ANAK lelaki kepada dua bekas Menteri Besar Negeri Sembilan kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Danni Rais yang mewakili Perikatan Nasional (PN) ditewaskan oleh pencabarnya, Datuk Bakri Sawir dari Pakatan Harapan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang.

Danni, anak kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Rais Yatim mendapat 4,021 undi manakala Bakri memperoleh 4,598 undi.

Di Bagan Pinang, PN mencipta sejarah apabila calonnya Abdul Fatah Zakaria mengalahkan calon Barisan, Nasional (BN) Mohd Najib Mohd Isa.

Mohd Najib kalah dengan majoriti 3,426 undi apabila memperoleh 7,495 undi manakala Abdul Fatah mendapat 10,921 undi.

Mohd Najib ialah anak bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Untuk rekod, Mohd Isa sebelum ini memenangi kerusi Bagan Pinang semasa pilihan raya negeri 2008. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain