suria

Muhyiddin bebas 4 tuduhan salah guna kuasa

Muhyiddin bebas empat pertuduhan salah guna kuasa.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan.

Beliau berkata pertuduhan tidak menunjukkan sebarang butiran kesalahan itu menyebabkan tertuduh tidak dapat memberi arahan sewajarnya kepada pasukan peguamnya.

Sebelum ini media melaporkan Muhyiddin memfailkan notis usul untuk membatalkan pertuduhan itu pada 18 April lalu, dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, dan memohon prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, ditangguhkan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain