suria

Nampak macam api jatuh dari langit! Dashcam rakam detik ngeri pesawat terhempas di Elmina

Letusan api akibat daripada pesawat terhempas.

TULAR di media sosial dua rakaman ngeri daripada kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta menunjukkan pesawat persendirian terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, petang Khamis.

Sekali pandang ia kelihatan seolah-olah gulungan api yang secara tiba-tiba jatuh dari langit sebelum terhempas di atas jalan.

Namun setelah diperhatikan dengan teliti, jelas kelihatan pesawat bernombor pendaftaran N28JV milik Jetvalet Sdn. Bhd. berwarna putih itu jatuh menjunam dalam keadaan mengiring di arah kiri sebelum meletup.

Ia kemudian menghasilkan letusan api besar yang cukup menakutkan.

Serpihan pesawat juga kelihatan bertaburan di atas jalan.

Kenderaan yang merakamkan momen berkenaan kemudian dilihat meneruskan pemanduan sebelum dia berhenti berdekatan sebuah jambatan.

ARTIKEL BERKAITAN: [TERKINI] 10 individu termasuk Adun BN Pelangai maut, pesawat terhempas di Elmina 2 minit sebelum mendarat

ARTIKEL BERKAITAN: Saksi nampak pesawat berpusing-pusing sebelum terhempas... Rider sampai dulu, sama-sama bantu polis jaga trafik

Di lorong bertentangan, kelihatan beberapa buah kereta sedang melalui jalan berkenaan sebelum pesawat itu terhempas secara tiba-tiba.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan siapakah pemilik asal rakaman berkenaan.

Terdahulu, mStar melaporkan 10 individu termasuk seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Pahang dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.

10 individu termasuk VIP maut dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina.

Rakaman dashcam dari belakang sebuah kereta.

Mangsa terlibat terdiri daripada lapan individu yang menaiki pesawat berkenaan selain dua mangsa yang menaiki sebuah motosikal dan kereta.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Dalam pada itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menerusi Instagram berkongsi foto hitam putih bersama Adun Pelangai daripada Barisan Nasional, Datuk Seri Johari Harun.

"Berita yang menyedihkan, YB Datuk Seri Johari Harun, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong kembali ke rahmutullah, terlibat di dalam nahas pesawat terhempas di Elmina Shah Alam.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Alfatihah," katanya.

WhatsApp Image 2023-08-17 at 7.40.09 PM

Keadaan selepas pesawat terhempas.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV telah terhempas pada petang Khamis.

Pesawat yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn. Bhd. itu bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, pada jam 2.08 petang, dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Komunikasi pertama yang dibuat oleh pesawat dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang adalah pada 2.47 petang dan pelepasan pendaratan diberikan pada 2.48 petang.

Pada 2.51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang menyedari kepulan asap dari lokasi nahas.

Pusat Penyelarasan Penyelamat AeronautikKuala Lumpur (KL ARCC) telah diaktifkan untuk menyelaraskan misi mencari dan menyelamat.

Siasatan keselamatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain