suria

Pesawat terhempas di Shah Alam, tiga dikhuatiri maut termasuk seorang penunggang motosikal

Sebuah pesawat terhempas di Elmina pada petang Khamis.

SEBUAH pesawat kecil terhempas di atas jalan di Elmina, dekat Denai Alam, Shah Alam, pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan tiga maut dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu.

Mangsa yang dipercayai terkorban adalah juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang penunggang motosikal.

Saksi di tempat kejadian mendakwa penunggang motosikal itu dirempuh pesawat berkenaan.

Difahamkan pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang.

Menerusi video tular, kelihatan kesan hitam seperti terbakar di atas jalan raya di lokasi kejadian.

Malah, kepulan asap hitam turut kelihatan menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain