HARI Kebangsaan ke-66 yang berlangsung pada 31 Ogos tahun ini disambut gilang gemilang dengan perarakan dan perbarisan kontinjen daripada pelbagai jabatan serta agensi kerajaan. Pertunjukan aset milik kerajaan khususnya persembahan udara pasti membuatkan para penonton terutama yang berada di Dataran Putrajaya berasa teruja dan kagum. Orang ramai mengambil peluang untuk bersalaman dengan Permaisuri Agong. Bukan itu sahaja, kemeriahannya semakin dirasai apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menyantuni rakyat pelbagai kaum yang hadir di Dataran Putrajaya, pada Khamis. Baginda berdua yang terkenal dengan sifat mesra rakyat dilihat beramah mesra dan bersalaman dengan peserta perarakan serta pengunjung yang hadir selain turut meluangkan masa untuk mengambil swafoto. Antara persembahan yang mencuri tumpuan pada perarakan Hari Kebangsaan. Pasangan diraja itu juga dilihat berpimpin tangan dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang yang dimainkan di lokasi sambutan itu, ketika berjalan di pekarangan dataran. Al-Sultan Abdullah turut dilihat mendukung seorang kanak-kanak lelaki dan Tunku Azizah pula memberi isyarat 'mini love', 'flying kiss' serta melambai kepada khalayak ramai. Baginda berdua juga diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube