KESALAHAN jalan raya melibatkan penunggang motosikal semakin mendapat perhatian warga maya selepas insiden membabitkan seorang penghantar makanan (rider) tular sehingga dibantu aktivis masyarakat. Malah pelbagai insiden yang berlaku akan dikongsikan di media sosial sama ada oleh individu itu sendiri mahupun daripada orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian. Terkini, rakaman video yang memaparkan dua remaja dipercayai pelajar sekolah menengah disaman seorang anggota trafik turut tular di media sosial. Remaja lelaki disaman kerana anggota trafik. Difahamkan kedua-dua remaja lelaki tersebut ditahan ketika menunggang motosikal kerana tidak memakai topi keledar. Mereka juga berkemungkinan disaman atas beberapa kesalahan lain seperti tidak mempunyai cermin sisi kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan. Menerusi rakaman video di TikTok itu, mereka kelihatan akur dengan saman yang dikeluarkan anggota bertugas. ARTIKEL BERKAITAN: Rider dah tak boleh buat job, pasrah jalan kaki selepas motor disita -“Mesti tengah fikir macam mana nak cari duit” Kebiasaannya, video tular berkaitan kesalahan lalu lintas akan mendapat reaksi negatif daripada warga maya dengan kebanyakannya menyifatkan pasukan keselamatan sebagai tidak berperikemanusiaan. Pun begitu, kali ini ruangan komen dipenuhi dengan reaksi mencuit hati dan positif kerana gelagat remaja terbabit. Mana tidaknya, selepas disaman dia menghampiri anggota terbabit dan bersalaman dengannya. Antara reaksi warga maya. Bahkan remaja tersebut turut mencium tangan polis berkenaan. Video perkongsian Areyaa Yahya itu ditonton lebih 288,000 pelayar dan mendapat lebih 10,300 tanda suka selain turut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain. Tingkah laku tersebut mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya menyifatkan remaja tersebut sebagai beradab sopan serta dididik dengan baik oleh kedua-dua orang tuanya. "Dia boleh salam dengan hormat lagi sebab dia tak stres, bukan dia yang bayar saman... ayah dia juga. "Itu tanda didikan mak ayah dia berjaya. "Mungkin polis tu cakap elok-elok dan budak tu tahu salah dia serta memahami tugas polis. Bagus budak tu tetap menghormati orang yang lebih tua. "Itulah adab bangsa Melayu. Sakit disaman, tapi adab tu tinggi... Alhamdulillah dik kau memang beradab," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube