suria

Ramai orang muda bawah 40 tahun muflis, kerajaan perluas Dasar Peluang Kedua... Asalkan hutang tak lebih RM200,000

Dasar Peluang Kedua diperkenalkan untuk membantu golongan muflis.

BAJET 2024 yang dibentangkan pada Jumaat turut memberi penekanan untuk membantu golongan muflis di negara ini menerusi Dasar Peluang Kedua.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata, dasar itu akan diperluas untuk generasi muda.

"Tahun hadapan, Dasar Peluang Kedua akan diperluas kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang punyai hutang tidak melebihi RM200,000," ujarnya ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2024: Ini yang rakyat bakal terima daripada Kerajaan Perpaduan

Menurut Anwar, inisiatif itu diteruskan selepas kejayaan pelaksanaan dasar sama sebelum ini.

"Setakat Julai 2023, hampir 14,000 kes muflis dengan hutang kecil di bawah RM50,000 dilepaskan daripada kebankrapan.

"Hasil pelaksanaan Dasar Peluang Kedua, Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 juga telah melepaskan secara automatik daripada pengisytiharan muflis bagi kes-kes semasa dan terkebelakang yang memenuhi syarat," katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan memperuntukan RM393.8 bilion dalam Belanjawan 2024 yang dikenali sebagai Belanjawan Madani Kedua, sekali gus menyaksikan belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah negara.

Tambahnya lagi, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain