TULAR rakaman menunjukkan sebuah bas Rapid KL 'tersangkut' ketika membelok di satu persimpangan jalan. Dapat dilihat bas awam tersebut tidak dapat membelok gara-gara terdapat beberapa buah kereta yang sedang parkir di kiri dan kanan jalan. Apa yang pasti ia bukanlah kawasan untuk meletakkan kenderaan. Dalam video dikongsikan di Mynewshub di halaman X, bas itu sedaya upaya cuba membelok tanpa mencalarkan kenderaan-kenderaan berkenaan. "Apabila parking di tempat yang tak sepatutnya, dah ganggu trafik. Pentingkan diri," tulis pemilik video berkenaan. Komen netizen pada video. Cubaan bas berkenaan untuk membelok juga akhirnya menyebabkan kesesakan lalu lintas. Pengguna jalan raya lain membunyikan hon masing-masing bagi melahirkan kemarahan. Hantaran tersebut turut meraih perhatian netizen yang turut sama berang dengan apa yang berlaku. "Kepada pemandu bas, jangan segan silu nak sagat. Come on la. "Sikap paling selfish manusia. Bagus disagat je kereta tu. "Selalu jumpa ni kat area kota raya dan Petaling Street. Rasa macam nak bom je kereta tu," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube