suria

Sehari selepas masuk hospital, pesakit mental maut jatuh tingkat enam

Insiden tragis yang dirakam di sebuah hospital di Johor Bahru.

INSIDEN ngeri dirakam orang awam apabila seorang pesakit mental maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah hospital di Johor Bahru pada pukul 5.20 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata mangsa merupakan lelaki warga tempatan dan juga seorang orang kurang upaya (OKU) mental.

Tambahnya lagi, pesakit dimasukkan ke hospital berkenaan pada Ahad bagi menjalani pembedahan kaki.

"Pesakit lelaki tempatan berusia 22 tahun dimasukkan ke hospital pada pukul 12.30 tengah malam kerana perlu menjalani pembedahan kaki yang dijadualkan pada Rabu.

"Bagaimanapun pembedahan itu dibatalkan kerana pesakit mengalami selsema. Pesakit dibenarkan keluar hospital.

"Siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Orang ramai yang melihat insiden itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain