SAKIT perut yang datang secara tiba-tiba pastinya menjadi lebih sulit jika kita berada jauh daripada tandas. Mungkin begitulah situasi yang menimpa seorang lelaki dipercayai warga asing apabila dia didakwa membuang air besar di dalam sebuah bas. Menerusi video tular, kedengaran seorang pemandu sedang memarahi penumpang itu yang didakwanya melakukan perbuatan jijik itu di atas kerusi tempat duduk bas. "Aku bawa (pandu) kau jauh-jauh, kau berak dalam bas. Kau basuh semua kerusi. Mana tahi kau buang? Tahi mana tahi. "Kau letak kat mana tahi tadi? Habis seluar kau kena, basuh kerusi tu," ujar pemandu bas itu dalam dialek Terengganu. Video itu yang dikongsi oleh @isusemasaviral pada malam Khamis tular di laman X sehingga meraih lebih 260,000 tontonan. Sebilangan netizen turut mempertahankan penumpang itu. Namun, destinasi perjalanan bas itu serta tarikh kejadian tidak dinyatakan. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan penumpang itu yang dianggap pengotor dan menjijikkan. "Warga asing memang macam tu. Biasa dah berak dalam bas. "Dia bawa perangai dari kampungnya. "Bangsa ni pengotor," tulis beberapa netizen. Namun, ada yang turut mempertahankan penumpang itu dan mendakwa segelintir pemandu bas sukar memberi kerjasama ketika berlaku kecemasan. "Aku tak boleh salahkan penumpang. Kadang ada yang sakit perut minta nak berhenti kejap kat R&R pun pemandu bas tak nak berhenti. "Kadang-kadang kita tak boleh salahkan penumpang sebab kebanyakan sikap pemandu bas tu sendiri yang berkeras tak nak berhenti. "Kadang boleh jadi driver jenis jerkah tak nak berhenti. Suruh tahan," dakwa beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube