SEORANG penunggang motosikal cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan langgar lari berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Semenyih, Kajang, Selangor. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata insiden antara motosikal dan kereta itu berlaku pada Sabtu. "Penunggang motosikal tersebut terperangkap di bawah kereta selepas dilanggar. Pemandu kereta itu dipercayai melarikan diri, meninggalkan keretanya di tempat kejadian. "Mangsa yang berumur 45 tahun dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. "Dia mengalami kecederaan parah di bahagian mukanya," kata Ahmad Mukhlis. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube