suria

Budak lelaki meraung disepak, dibalun guna kayu! Kawan satu dorm hanya ketawa, terhibur tengok mangsa merayu

Tangkap layar seorang budak lelaki disepak, dibelasan menggunakan kayu.

KEJADIAN buli dan tingkah laku ganas dalam kalangan pelajar sekolah seperti tidak berkesudahan.

Terkini, kejadian satu buli dipercayai berlaku membabitkan seorang murid sekolah rendah di sebuah asrama.

Menerusi rakaman video tular, kanak-kanak lelaki berkenaan dipukul menggunakan sebatang kayu di seluruh badannya.

Tangkap layar mangsa cuba mempertahankan diri daripada dipukul.

Tangkap layar mangsa cuba mempertahankan diri daripada dipukul.

Meskipun menjerit kesakitan, pelaku yang kelihatan sebaya dengan mangsa dilihat tetap meneruskan pukulan termasuk menendang tanpa belas kasihan.

Malah kejadian berkenaan disaksikan beberapa lagi murid namun tiada siapa yang tampil membantu mangsa.

Mereka juga mentertawakannya kerana merayu dan cuba menghalang supaya tidak dipukul.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditumbuk hingga sesak nafas, dipijak sampai pengsan... Remaja longlai ‘dikerjakan’ 3 pelajar di sekolahnya

ARTIKEL BERKAITAN: Samseng sekolah ‘flying kick’ rakan dalam tandas dicekup... Polis tahan 9 pelajar bantu siasatan kes buli

Rakaman yang dikongsikan seorang pelayar laman X mendapat perhatian warga maya.

“Kecil-kecil dah bacul. Nak tunjuk power sangat one to one pakai tangan, kenapa kau nak guna kayu.

“Beginilah kalau mak ayah tak tahu apa anak alami semasa jauh daripada pandangan mereka... kesian kena pukul sampai macam tu.

Warga maya meluahkan rasa marah selepas menyaksikan kejadian tersebut.

Warga maya meluahkan rasa marah selepas menyaksikan kejadian tersebut.

“Nak elakkan kes pembuli... pihak sekolah jangan amalkan seorang buat salah, satu dorm kena. Pihak disiplin kena cakna perkara ni dan bukan sambil lewa.

“Bantai (pukul) orang tak melawan ni memang la sedap,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang menyalahkan ibu bapa pelaku tersebut kerana tidak memantau aktiviti anak-anak sehingga menjadi ganas.

“Aku hanya nak cakap, semua ni salah mak ayah yang terlalu manjakan anak... jenis apabila orang tegur anak dia, dia melenting kata anak dia baik.

“Ini betul-betul anak yang kurang ajar, satu bilik tu memang patut kena buang sekolah.

“Kepada ibu bapa, sila pastikan anda membesarkan anak-anak daripada hasil yang halal kerana itu salah satu punca anak jadi perangai macam ni,” tambah segelintir netizen lagi.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan carian lanjut mendapati kejadian tular itu dipercayai berlaku di China berdasarkan video yang telah dimuat naik di salah satu saluran berita semasa negara tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain