suria

Remaja berkopiah tikam pemandu e-hailing, mujur pisau terkena tali pinggang keledar!

Insiden tikam melibatkan seorang pemandu e-hailing dan penumpang remaja.

SEORANG pemandu e-hailing berdepan mimpi ngeri apabila dia ditikam dengan sebilah pisau di bahagian dada oleh seorang remaja lelaki.

Ketika kejadian pemandu lelaki berbangsa Cina yang kelihatan agak berusia itu sedang memandu kenderaannya manakala suspek memakai kopiah putih duduk di kerusi belakang.

Menerusi rakaman video papan pemuka (dashcam) yang tular di laman X, kedengaran tercetus konflik antara pemandu itu dan penumpangnya susulan salah faham berhubung laluan menuju ke destinasi yang ditempah.

"Saya pusing sana satu jam tau, saya bawa kereta ni untuk cari duit. Bukan untuk tolong awak pusing je. Saya bukan awak punya bapa

"Awak ini macam eh budak... uncle panas hati tau," kata pemandu tersebut dengan nada marah.

Ketika menghampiri destinasi, remaja berkenaan secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam si pemandu ketika dia dilihat ingin memulangkan duit baki.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak pinjam RM50 tak dapat, tapi kena maki... Rasa marah jadi punca remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing

Dalam cubaan untuk menyelamatkan diri, pemandu itu menggigit tangan penumpang tersebut sehingga dia akhirnya melepaskan senjatanya dan terus melarikan diri.

Pemandu itu bagaimanapun dilihat tidak mengalami kecederaan serius berikutan pisau yang ditikam terkena pada tali pinggang keledar.

Sementara itu, seorang wanita di laman Facebook dikenali sebagai Alice Owi tampil mendakwa sebagai menantu kepada pemandu tersebut.

Penumpang kanak-kanak melarikan diri selepas bergelut dengan pemandu e-hailing.

"Budak tu umur 13 tahun, dia sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis. Dia masih lagi di sana sekarang.

"Nasib baik bapa mentua saya tak cedera dan luka apa-apa," jelas Alice tentang situasi mangsa.

Melewati ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyuarakan rasa terkejut kerana seorang remaja mampu bertindak sedemikian.

"Aduh... gila betul perangai, nasib baik pisau tu terkena tali pinggang. Budak ni ada sakit apa-apa ke, mungkin secara mentalnya?

"Umur baru 13 tahun tapi dah berani buat benda macam ni, memang merempat la kau dalam juvana.

"Nak cakap terencat akal tak mungkin, dia pandai tunjuk arah dekat uncle tu semua, semoga ada keadilan yang sewajarnya," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain