suria

“Memang limited edition” - Budak-budak kampung terhibur jumpa pocong dalam semak, siap rakam video

Aksi budak-budak kampung yang berani berdepan entiti mistik tular di media sosial.

KANAK-kanak yang menetap di kawasan kampung biasanya lebih lasak berbanding mereka yang membesar di ibu kota.

Seperti mana dapat dilihat menerusi satu video tular, sekumpulan budak kampung ketawa terbahak-bahak ketika mereka terserempak dengan entiti misteri seperti pocong.

Dalam video itu, salah seorang daripada mereka menyuluh lampu motosikal ke arah makhluk aneh yang kelihatan sedang berdiri tegak di dalam semak.

Turut kedengaran suara rakan-rakannya yang sedang ketawa meskipun mereka sedang berdepan kejadian menakutkan.

pocong2

Tangkap layar video yang sedang tular di TikTok.

"Hahaha, hantu. Ha nampak dah, nampak dah. Hantu guys, jangan dekat-dekat guys.

"Mari buat paranormal, hantu guys. Weh hantu, tolong," ujar budak-budak kampung itu secara berseloroh.

Video yang dikongsi ke aplikasi TiKTok itu meraih lebih 740,000 tontonan.

"Budak kampung ni memang limited edition," tulis pemilik akaun TikTok @urahmesengg yang berkongsi video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak bersih diri selepas urus kes accident, rumah sewa polis diganggu pocong muka hancur - “Sama macam mayat kemalangan”

Berdasarkan keterangan pada hantaran itu, video berkenaan dipercayai dirakam di Kuantan, Pahang.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen turut terhibur dengan aksi budak-budak itu dan memuji keberanian mereka.

"Pocong pun pelik, kenapa aku digelakkan?

"Hantu pun dah tak selamat sekarang. Mencabar sungguh tahun 2023 ni.

"Bagus dik jangan takut selain Allah.

"Keras (berani) molek budak Kuantan," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain