ISU membabitkan 'makcik Kemboja' semakin hangat apabila seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas pekerja wanita tersebut, tampil untuk bersemuka. Lelaki berkenaan hadir ke Mariyah Holding Sdn Bhd, kilang jahitan pukal milik makcik Kemboja itu yang terletak di Skudai, Johor, bagi menyahut cabaran yang dibuat oleh anak usahawan berkenaan. Bagaimanapun lelaki tersebut yang ditemani beberapa individu mendakwa dia dihalang untuk memasuki kilang oleh pekerja wanita berkenaan. "Orang dah jemput kita datang kilang, kita nak tanya pun dia tak nak cakap. "Anak dia mana nak datang. Malu! Hina-hina bangsa, jemput datang kilang tapi kedekut nak buka tingkap. Banyak tengok kartun ni. Buat kelakarlah," kata lelaki tersebut. Menerusi video yang dikongsikan di laman X, kelihatan pagar utama kilang berkenaan ditutup oleh pekerja makcik Kemboja atau dikenali sebagai Madam Mariyah. ARTIKEL BERKAITAN: Anak makcik Kemboja dakwa video asal disunting, sebenarnya sasar bekas pekerja... Bersumpah tak cabar netizen Dalam pada itu, lelaki tersebut turut membuat dakwaan dia tidak dibayar komisen sepanjang empat bulan terakhir berkhidmat di kilang tersebut. "Sebelum saya ajak ramai-ramai vendor datang sini, baik abang cakap dengan dia, saya datang secara elok. Saya setahun lebih bekerja, macam-macam saya simpan. "Untuk bos di luar sana, jangan cari masalah dengan pekerja anda. Anda hargai pekerja, pekerja akan lagi amanah," katanya lagi. Untuk rekod, baru-baru ini seorang pemuda yang dikenali sebagai Ezuan mengaku dirinya anak kepada 'makcik Kemboja', tampil mencabar seorang individu yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.. Menurutnya, dia membuat cabaran tersebut kerana individu berkenaan memuat naik konten yang berunsur ugutan terhadapnya. Di dalam videonya, Ezuan mencabar individu berkenaan untuk bersemuka dan bukan sekadar 'menyalak' di media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube