suria

Cikgu Ery meninggal dunia, rebah ketika senamrobik

Cikgu Ery meninggal dunia pada usia 46 tahun.

SEORANG guru yang pernah tular di media sosial, Mohd Khariri Mohamad Ramli dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, pada Rabu.

Perkara itu disahkan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi di Klang, Selangor, Adlin Amir Hamzah kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Video akhir arwah Cikgu Ery mengaji surah al-Baqarah sentuh hati netizen... Ramai puji suara lunak merdu

ARTIKEL BERKAITAN: Suara dan wajah macam perempuan tapi berihram depan Kaabah... Ramai keliru identiti individu ini, imej Kpop nampak feminin

Adlin berkata, Mohd Khairi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Ery itu menghembuskan nafas terakhir pada usianya 46 tahun.

Menurutnya, Cikgu Ery meninggal dunia ketika melakukan aktiviti senaman dekat Telok Panglima Garang di Kuala Langat.

"Arwah rebah ketika mengetuai aktiviti senaman bersama kumpulannya di taman berkenaan.

"Pihak perubatan cuba menyelamatkannya, namun dia disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Bacaan Yasin buat arwah Cikgu Ery. -Gambar FB SK Bukit Tinggi

Menurut Adlin, Cikgu Ery merupakan guru sesi petang dan mengajar Bahasa Melayu di SK Bukit Tinggi.

mStar pernah melaporkan kisah Cikgu Ery mengenai penghijrahannya yang merupakan bekas mak nyah.

Sementara itu, SK Bukit Tinggi turut berkongsi khabar duka mengenai pemergian Cikgu Ery.

"Salah seorang warga SK Bukit Tinggi Cikgu Khariri telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," menurut kenyataan di Facebook.

Turut dimuat naik foto warga kerja dan murid-murid mengadakan bacaan Yasin buat arwah di dewan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain