NILAI e-dompet sebanyak RM100 di bawah program Madani kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun boleh ditebus mulai 4 Disember ini. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara pada Rabu. Menurut Anwar, tempoh penebusan bermula Isnin ini akan berterusan sehingga 20 Februari 2024. Tambahnya, empat penyedia e-dompet akan terlibat dalam program itu, namun Anwar tidak menyebutnya secara terperinci. Nilai e-dompet itu dijangka memberi manfaat kepada 10 juta orang dengan kos melibatkan RM1 bilion. ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan beri eBeliaRahmah di eWallet, boleh ke ambil tunai atau pindah ke akaun bank? Ini penjelasan Dr Zulkifli Dalam perkembangan lain, permohonan rebat sehingga RM2,400 untuk membeli motosikal elektrik juga akan dibuka mulai Disember. Rebat ini terpakai ke atas mereka yang berpendapatan kurang daripada RM120,000 setahun. Untuk rekod, Bajet 2024 diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin dengan undi suara. Ia kini dibahaskan di Dewan Negara dan dijangka lulus dengan mudah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube