MEDAN selera sering menjadi tumpuan pelanggan kerana harganya yang lebih murah berbanding kafe atau restoran. Namun kadangkala tahap kebersihan di medan selera agak kurang memuaskan sehingga berlakunya kes penemuan serangga dan haiwan di dalam hidangan. Terbaharu, tular video menunjukkan seekor tikus bersaiz besar yang terjatuh ke dalam dulang makanan, bersebelahan mangkuk yang berisi hidangan mi. Tikus yang ditemukan terbaring di atas dulang itu masih bergerak meskipun kelihatan lemah sehingga beberapa pelanggan wanita di meja berdekatan menjerit kerana terkejut. "Bayangkan kau dah happy-happy beli makanan food court, letak atas meja. Baamm! Tikus jatuh atas makanan tu," ciap @arfdy12 di laman X. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pelanggan syok makan nasi berlauk, terkesima tengok tikus ratah ayam goreng di restoran... Awas, KKM akan ambil tindakan! Menurut keterangan individu itu, ia berlaku di sebuah medan selera di Singapura. Namun, video berkenaan turut meraih perhatian netizen Malaysia selepas ia tular di X. "Pernah jadi masa makan dekat Padang Besar, anak tikus jatuh atas bahu kakak aku. Lepas tu kembang tekak dah tak makan sana. "Cik ti (tikus) pun macam tak ada tempat lain nak landing. "Aku sedih tengok tikus tu nazak macam tu," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube