BERDEPAN dengan insiden enjin kereta mati secara tiba-tiba di atas jalan raya sememangnya bisa membuatkan sesiapa sahaja panik. Begitulah juga dengan situasi yang dialami oleh seorang pemandu lelaki ini apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya rosak ketika berada di persimpangan lampu isyarat. Namun apa yang menakjubkan, pemandu berkenaan dibantu oleh tiga orang wanita yang bertindak membantu menolak kenderaannya ke tepi selepas lampu isyarat bertukar hijau. Menerusi video berdurasi 56 saat yang tular di laman sosial, kelihatan tiga wanita berkenaan bergegas datang dari arah belakang semata-mata mahu membantu pemandu lelaki tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Kereta rosak, pemandu lain cuma tengok tak bantu! Semua hati kering kecuali abang treler, seorang diri tolong tolak ke tepi Kelihatan salah seorang daripada mereka memakai kain namun tidak kekok untuk sama-sama memberikan pertolongan. Difahamkan, video dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di belakang kereta yang rosak itu. Netizen melontarkan pujian terhadap tiga wanita berkenaan kerana mempermudahkan urusan orang lain. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai lokasi serta waktu kejadian. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya melontarkan pujian serta kekaguman terhadap ketiga-tiga wanita berkenaan yang sedaya upaya cuba membantu pemandu yang berada di dalam kesusahan. "Pertama kali dalam hidup tengok scene macam ni. Tabik spring kepada mereka yang kuat dan baik hati. "Siapa cakap perempuan lemah? Tak dengar pepatah ke 'perempuan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia?' "Perempuan sekarang urat dawai, tulang besi. Semua mereka boleh buat," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube