suria

Penjawat awam, pesara boleh jangkakan berita baik pada 2024 - Fahmi Fadzil

Fahmi Fadzil memaklumkan berita baik menanti penjawat awam dan pesara kerajaan pada tahun 2024. -Gambar hiasan The Star

MENTERI Komunikasi Dan Digital memberi bayangan akan ada beberapa berita gembira menanti penjawat awam dan pesara pada tahun depan, antaranya berkaitan kenaikan gaji.

Fahmi Fadzil berkata berita baik itu bakal diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).

"Kita telah luluskan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif bagi pekerja di sektor swasta.

"Maka, bermula tahun 2024, pelaksanaan gaji progresif ini kita harap akan dapat menunjukkan peningkatan pendapatan bagi pekerja swasta.

"Pada masa sama, bagi sektor awam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melakukan semakan tentang skema gaji dan InsyaAllah akan ada peningkatan gaji untuk penjawat awam menjelang tahun 2024," katanya.

Fahmi berkata sedemikian selepas berucap dalam Forum Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam: Menjadikannya Lebih Cekap Dan Berkesan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara pada Isnin.

Tambah Fahmi, Kabinet sudah membuat beberapa keputusan melibatkan penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Jadi boleh jangkakan berita baik untuk tahun 2024 ini," kata Fahmi. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain