suria

Kanak-kanak autisme Zayn Rayyan meninggal dunia, ditemukan terbaring di anak sungai

Mayat kanak-kanak itu ditemukan pada pukul 10 malam Rabu.

KANAK-KANAK autisme Zayn Rayyan yang hilang sejak Selasa tengah hari ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai pada Rabu malam.

Mayat mangsa Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada pukul 10 malam oleh penduduk yang menjalankan operasi pencarian di sekitar kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Mayat mangsa yang berusia enam tahun dilihat terbaring di sungai yang hanya terletak 200 meter dari blok kediamannya.

Penemuan mayat kanak-kanak itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudid Abdul Hamid yang berada di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Zayn Rayyan masih hilang, bapa guna khidmat pengamal perubatan Islam ‘scan’ kedudukan anak autisme

Terdahulu, mStar melaporkan mangsa hilang sejak Selasa dan kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Apartment Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai pada pukul 12 tengah hari Selasa.

Operasi mencari mangsa di sekitar kawasan kediamannya digerakkan oleh penduduk setempat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Selain itu, bapa mangsa Zaim Ikhwan, 28, turut mencuba kaedah alternatif dengan memanggil pengamal perubatan Islam untuk menjejaki kehilangan anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain