suria

Kejam! Zayn Rayyan dibunuh, ada kesan cedera di leher dan badan

Zayn Rayyan hilang pada tengah hari Selasa.

HASIL bedah siasat mendapati kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mati akibat dibunuh.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada petang Khamis.

Ujarnya terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

"Kecederaan dikesan pada leher dan badan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan salahkan ibu Zayn Rayyan! Bapa tunggal 3 anak istimewa minta faham sifat autisme - “Tuduhan cuai seolah bunuh maknya pula”

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi ibu Zayn Rayyan tak stabil, sukar terima anak sudah tiada - “Saya tak boleh tidur malam tadi”

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mStar melaporkan mangsa hilang sejak Selasa dan kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Apartment Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai.

Mayat Zayn Rayyan kemudian ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya pada Rabu malam.

Jenazah Zayn Rayyan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor pada Khamis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bapa Fikry Ibrahim meninggal dunia