suria

Zayn Rayyan dibunuh di lokasi lain, pelaku tinggal mayat di sungai

Polis percaya Zyan Rayyan meninggal dunia dalam tempoh 48 jam sebelum mayatnya ditemukan.

POLIS percaya kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di sebatang sungai tempat dia ditemukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata hasil bedah siasat juga mendapati kesan luka pada leher dan tubuh mangsa berpunca daripala pergelutan.

“Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

“Apa yang dapat kita tahu, kemungkinan mangsa meninggal dunia dalam tempoh 48 jam... yang pasti punca bukan sebab lemas,” katanya kepada pemberita pada Khamis malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Zayn Rayyan dibunuh, ada kesan cedera di leher dan badan

ARTIKEL BERKAITAN: Ratapan seorang ibu... Ismanira terkejut dapat tahu Zayn Rayyan dibunuh

Tambah Mohd Shuhaily, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan suspek tinggal di kawasan sama.

“Kita masih melihat kemungkinan yang ada sekiranya pelaku adalah mereka (yang tinggal) di kawasan sekitar kawasan kanak-kanak itu hilang.

“Apa yang kita akan buat sekarang adalah meneliti semula lokasi kejadian semampu yang boleh,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain