suria

Tiada CCTV dekat lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di tepi anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

TIADA rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartmen Idaman, Damansara Damai, Nor Haizam Hidir berkata, hanya empat kamera dipasang iaitu di pintu masuk, pintu keluar, laluan pejalan kaki Blok J dan berhampiran surau.

Bagaimanapun terdapat satu CCTV yang dipasang oleh penduduk sendiri di 18 blok pangsapuri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zayn Rayyan dibunuh di lokasi lain, pelaku tinggal mayat di sungai

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Zayn Rayyan dibunuh, ada kesan cedera di leher dan badan

“Tiada CCTV rasmi lain yang kami pasang kerana ini adalah pangsapuri kos rendah, dengan kos penyelenggaraan hanya RM33.60 sebulan.

“Namun ada penduduk yang mengambil inisiatif memasang CCTV mereka sendiri,” katanya.

Menurutnya, lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan merupakan di kawasan di luar bidang kuasa pengurusan, sambil menambah dia tidak dapat mengesahkan status tanah itu sama ada hak milik kerajaan atau persendirian.

"Jika ada kanak-kanak bermain di sana mungkin hanya mereka yang tinggal di Blok R sahaja yang tahu," katanya.

Mayat kanak-kanak autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan ditemukan kira-kira 34 jam selepas kehilangannya dilaporkan.

Mangsa ditemukan terbaring di tepi anak sungai terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Blok R Apartmen Indah, pada pukul 10 malam Rabu. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain