suria

Tragedi berdarah! Lelaki ditahan didakwa tikam mak ayah hingga mati

Polis di lokasi kejadian. -Gambar media sosial

SUAMI isteri ditemukan maut dipercayai ditikam anaknya dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Difahamkan, warga emas berusia 72 dan 82 tahun itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu.

Menurut sumber, pertengkaran berlaku antara mangsa dan anak lelaki mereka berusia 42 tahun, dipercayai penagih dadah.

“Ketika pertengkaran itu, suspek dipercayai merampas objek tajam dan menikam ibu bapanya.

“Mereka (saksi) yang mendengar pertengkaran itu menghubungi polis,” kata sumber.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek bunuh mak ayah ada 9 rekod jenayah, ditahan dalam terowong

Difahamkan, polis berjaya menahan suspek.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pembunuhan membabitkan dua mangsa.

“Suspek merupakan anak mangsa, dan kita siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain