REMAJA berusia 14 tahun, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi yang dilaporkan hilang sejak kelmarin dari sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras selamat ditemui, malam Jumaat. Seorang pengguna Facebook, Yusri Yunos memaklumkan remaja tersebut ditemukan hasil kerjasama jemaah Masjid Saidina Othman, penduduk Bandar Tun Razak dan masyarakat sekitar. ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 14 tahun hilang, kali terakhir dilihat di kawasan sekolah "Alhamdulillah... dijumpai dengan selamat dan sihat selepas dua hari pencarian. "Terima kasih kepada semua yang berusaha mencari sejak dari awal sehingga malam tadi iaitu keluarga Danial, warga sekolah, polis Cheras, jemaah Masjid Saidina Othman, penduduk Bandar Tun Razak dan masyarakat sekitar," katanya dalam hantaran itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin turut mengesahkan penemuan remaja tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube