POLIS mengesahkan tiada sebarang tanda penderaan ditemukan pada badan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan lama ditemui pada badannya. "Hasil bedah siasat sebelum ini mendapati tiada sebarang kecederaan yang menunjukkan mangsa ini didera. "Keluarga ini menjaga anak mereka yang austime dengan baik. Saya pasti sesiapa sahaja yang mengalami kehilangan akan sedih,” katanya pada sidang media, Jumaat malam. ARTIKEL BERKAITAN: Zayn Rayyan dibunuh di lokasi lain, pelaku tinggal mayat di sungai ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Zayn Rayyan dibunuh, ada kesan cedera di leher dan badan Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai terdapat pihak bertanyakan sama ada Zayn Rayyan menjadi mangsa penderaan atau sebaliknya. Mayat kanak-kanak autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan ditemukan kira-kira 34 jam selepas kehilangannya dilaporkan. Mangsa ditemukan terbaring di tepi anak sungai terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Indah, pada pukul 10 malam Rabu. Polis percaya mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di sebatang sungai tempat dia ditemukan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebelum ini berkata hasil bedah siasat juga mendapati kesan luka pada leher dan tubuh mangsa berpunca daripala pergelutan. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube