suria

Mahu ambil baju di balkoni, pelajar universiti maut terjatuh dari tingkat 34 kondominium

Mangsa terjatuh ketika sedang mengambil baju miliknya di balkoni.

SEORANG pelajar universiti berusia 18 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Kampung Baru, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian melibatkan remaja lelaki itu kira-kira jam 8.17 malam Selasa.

“Dua saksi berkata mangsa memberitahu mereka mahu dia mengambil baju miliknya yang terjatuh ke atas balkoni

"Dia naik ke atas meja sebelum memanjat pagar untuk sampai ke balkoni. Bagaimanapun mangsa hilang imbangan dan terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain