suria

Peminjam tak bayar hutang, ah long ‘amuk’ simbah cat merah rumah jiran-jiran! Ugut bakar kediaman

Rumah dan kenderaan jiran disimbah cat merah.

BAGI menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi, sesetengah individu mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman daripada ah long.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, satu kawasan kejiranan kecoh apabila beberapa buah rumah dan kenderaan disimbah cat merah.

Ia berikutan salah seorang daripada penghuni di kawasan terbabit dipercayai tidak membayar hutang ah long mengikut perjanjian yang ditetapkan.

Menerusi gambar tular, beberapa penghuni di kawasan berkenaan dilihat berkumpul di salah sebuah rumah yang disimbah cat merah.

Surat amaran yang diberikan ah long berkenaan.

Surat amaran yang diberikan ah long berkenaan.

Malah terdapat surat amaran daripada ah long berkenaan yang meminta penduduk setempat menggesa peminjam terbabit membuat bayaran.

"Ni notis buat korang (kamu semua) sebab jiran rumah no xx punya hutang sama kami tapi tak mahu bayar.

"Korang sebagai jirannya, korang suruh orang rumah tu call kami dan settle hutang-hutangnya jika tak korang juga ikut sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis pinjam 16 ah long nak bayar deposit rumah, merana kena ‘bunga’ RM1,000 sehari!

ARTIKEL BERKAITAN: “Duit tinggal RM2, tuan rumah rendahkan tekanan air sebab tak bayar sewa” - Pekerja gaji harian, warga asing, peminjam ah long terhimpit ketika PKP

"Jangan cabar saya untuk bakar rumah ni. Suruh jiran korang settle secepatnya, jika tidak faham-fahamlah apa saya akan buat," tulisnya dalam notis amaran.

Menurut pelayar X, mengganggu jiran tetangga adalah modus operandi (MO) ah long pada masa ini.

"Menakutkan MO ah long sekarang ni, jiran tak bayar hutang, sampai jiran-jiran sebelah kena simbah cat, ugut nak bakar rumah.

Antara komen netizen.

Antara komen netizen.

"Sesiapa terfikir nak pinjam ah long, bukan sahaja kena beringat keselamatan keluarga tapi juga jiran-jiran sebelah," ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen, seorang warga maya mendedahkan kejadian tersebut berlaku pada pagi Khamis (25 Januari) di SK Taman Selasih di Gombak, Selangor.

Rata-ratanya meluahkan rasa geram dan bersimpati dengan nasib penduduk setempat yang menjadi mangsa ah long dan sikap penting diri peminjam terbabit.

"Nak beli rumah landed pun kena fikir 100 kali sekarang. Dapat jiran yang bagus alhamdulillah, dapat jiran kaki pinjam ah long lepas tu lari tak bayar dengan kita-kita sekali kena tempiasnya.

"Dengan jiran sekali kena? Tak masuk akal betul ah long ni.

"Sebenarnya bukan semua yang pinjam ah long tapi kena tipu dengan iklan pinjaman wang di laman sosial. Apabila pinjam ingat berlesen tapi rupa-rupanya ah long berunsur scammer.

"Macam kes budak pejabat mak aku. Dia pinjam ah long habis satu pejabat kena kacau sampai mak aku pun terpalit... siap ugut nak bakar pejabat. Rupanya dia letak semua nama staf sebagai penjamin," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain