suria

“Apa masalah dia ni?” - Pemandu Toyota Altis keras kepala, sengaja halang ambulans dalam kecemasan

Tindakan pemandu kereta yang seperti sengaja menghalang laluan ambulans.

KENDERAAN seperti ambulans harus diberikan keutamaan laluan ketika di jalan raya kerana mereka perlu tiba segera ke destinasi dalam situasi kecemasan.

Namun, melalui satu video tular di TikTok, sebuah kereta Toyota jenis Altis dilihat sengaja menghalang laluan ambulans walaupun siren sudah dibunyikan dan arahan untuk ke tepi diberikan melalui pembesar suara.

"Kereta depan dengan plat *, boleh bagi laluan tak?" teriak pemandu ambulas itu yang sedang membawa pesakit bersamanya.

Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kuala Lumpur pada Khamis iaitu sekitar pukul 5 petang.

Menerusi video terbabit, ketika kejadian lebuh raya dilihat lengang dengan ruang yang luas untuk pemandu kereta tersebut bergerak ke tepi.

"Kau tengok kereta ni, apa masalah dia? Lailahaillallah Muhammadarrasulullah," kata individu yang berkongsi video berkenaan cuba menahan sabar.

Lebih memanaskan hati apabila pemandu kereta berkenaan diperhatikan 'mencilok' ke kiri dan ke kanan seolah-olah enggan memberikan peluang kepada ambulans untuk bergerak ke hadapan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berharap agar sifat mementingkan diri pemandu kereta terbabit akan memakan semula dirinya.

"Akan sampai hari apabila ahli keluarga kau sedang bertarung nyawa dalam ambulans dan perlu tiba ke hospital secepat mungkin, semoga ketika itu, ada juga manusia yang buat perkara sama dekat kau.

"Apa masalah orang begini, ini antara hidup dan mati, apa lagi yang kau nak buat main. Ke tepi je la, jalan bukan tengah sesak pun.

"Buat report cepat! Video bukti dan nombor plat kereta semua dah ada. Orang macam ni kita kena ajar," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain