suria

TDM tubuh lembaga siasatan, fokus kelemahan fasiliti dan kawalan kem latihan

Para perajurit melakukan lintas hormat pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki. -Gambar BERNAMA

TENTERA Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kes lemas membabitkan tiga mangsa lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh, Pahang.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata lembaga yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat itu bakal dianggotai beberapa pegawai dan pakar serta siasatan akan meliputi pelbagai sudut termasuk faktor pengawalan dan fasiliti di kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis, 3 termasuk 2 kanak-kanak lemas di kolam kem tentera

"Pegawai kita akan kenal pasti siapa saksi untuk bantu beri keterangan. Kita nak tahu punca macam mana anak-anak ini (mangsa) boleh melepasi pagar yang mengelilingi fasiliti itu... adakah ada kelemahan dari segi pengawalan atau pagar kena lebih tinggi atau diganti baru atau antipanjat.

"Kalau lapang sasar kita tak kawal sepenuh masa, tapi kalau ada latihan sebenar, ada tembakan kita akan ambil (kawal) supaya tak berlaku pencerobohan dan sebagainya... (sama seperti) di pusat latihan ini juga kita kunci dan berpagar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 198/23 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) kepada 1,436 perajurit pada Sabtu.

Terdahulu, mangsa terlibat ialah Amar Mukhlis Mohd Anizan, 13, serta Aiman Syafiq Sudirman dan Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim, kedua-duanya berumur 11 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain