KENYATAAN rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka dikeluarkan minggu ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
"Kita tunggu kenyataan (Lembaga Pengampunan)... Insya-Allah minggu ini," katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan Hari Wilayah Persekutuan ke-50 di Putrajaya, pada Khamis.
Dr Zaliha yang juga antara anggota Lembaga Pengampunan bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat bila kenyataan itu akan dikeluarkan.
Najib kini menjalani hukuman penjara di penjara Kajang selama 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. -THE STAR
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube